Saturday, September 29, 2018

KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT DAN PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS

KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT DAN PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS


DISEDIAKAN OLEH: MUHAIMIN & FAIZOL 
  • Kemahiran memproses maklumat merupakan keupayaan dan kebolehan pelajar untuk menganalisis dan mentafsir bahan yang dibaca dan diidengari.
  • Tujuan : Bahan berkenaan boleh digunakan untuk menghasilkan penulisan yang diperlukan mengikut kehendak tugasan soalan kerja kursus.
1.0 MENGANALISIS MAKLUMAT YANG DIKUMPUL

  1.1 MAKLUMAT BERBENTUK KUANTITATIF


Maklumat dalam bentuk nombor yang dapat dianalisis melalui pelbagai kaedah iaitu :
  • Jadual
Image result for JADUAL


  • Graf - lengkung, bar, pai dan piktograf
Lengkung

Image result for BAR GRAPH
graf bar

Image result for pie chart
carta pai

Image result for WHAT IS PICTOGRAPH
Piktograf

2.0 MENTAFSIR MAKLUMAT DAN MEMBUAT KESIMPULAN

  2.1 MENTAFSIR MAKLUMAT
  • 2 cara untuk membuat tafsiran ke atas bahan/maklumat iaitu maklumat dalam bentuk teks, gambar, lakaran, foto, grafik dan sebagainya.
  • Mentafsir teks adalah memberikan penerangan tentang pola/perhubungan berdasarkan maklumat yang dibaca/dikumpul atau memperihal secara bermakna maklumat yang tersurat dan mencari maksud yang tersirat.
  • Mentafsir foto, gambar, grafik atau lakaran ialah mencatatkan ciri-ciri yang diperlukan menggunakan senarai semak yang disediakan.

Image result for example flowchart
Carta alir

Image result for lakaran
Lakaran

Image result for photo editor
Foto

Image result for diagram
Gambar rajah

 2.2 MEMBUAT KESIMPULAN
  • Kesimpulan adalah gagasan yang dicapai pada penghujung perbincangan.
  • Kesimpulan yang dibuat ke atas data dan teks didapati bahawa kesimpulan yang dibuat ke atas data lebih mudah kerana hasil analisis data biasanya lebih tepat kerana mengikut kiraan yang telah dilakukan.
  • Kesimpulan yang dibuat ke atas maklumat dalam bentuk teks didapati lebih sukar kerana tafsiran mengikut kehendak dan keperluan pentafsir serta dipengaruhi nilai dan kefahamannya.
 2.3 MENILAI MAKLUMAT

      2 Perkara penting menilai maklumat :
         i. menilai maklumat yang ingin digunakan sebagai rujukan
  • Penilaian dilakukan berasaskan beberapa kriteria dan standard-standard untuk menilai sejauh mana sesuatu perkara/maklumat itu tepat, berkesan, ekonomi atau memuaskan. Faktor-faktor berkenaan adalah seperti berikut : 
  1. Autoriti - Kesahan dan kebolehpercayaan maklumat yang diperoleh
  2. Ketepatan - Maklumat yang tepat dapat memberikan maklumat yang berguna dan manfaat kepada pembaca
  3. Saksama - Bersifat adil, neutral, dan tidak berat sebelah, ia memenuhi objektif pembaca.
  4. Nilai semasa - Maklumat yang terkini.
  5. Lengkap dan jelas - Memberikan gambaran jelas dan lengkap mengenai sesuatu isu
       ii. menilai maklumat dalam penulisan.
  • Membuat pertimbangan dan memberi rasional dengan alasan-alasan yang mantap.

Image result for evaluate information
                             MENILAI MAKLUMAT


2.4 MENSINTESIS MAKLUMAT UNTUK MENGHASILKAN BAHAN  
      BERTULIS
  • Mensintesis merupakan aktiviti yang sukar dilakukan kerana ia memerlukan pembaca mempunyai aras kognitif yang tinggi dan melibatkan pemikiran kritis aras tinggi.
  • Proses mensintesis adalah peringkat menggabungkan/mencatumkan unsur yang berlainan untuk menghasilkan suatu idea baharu secara menyeluruh.
  • Sintesis adalah menggabungkan idea, mengubahkan semula idea dan menyatukan idea 
Image result for SYNTHESIS INFORMATION

                        MENSINTISIS MAKLUMAT




PENYESUAIAN SOSIAL

BY; MUHAIMIN AHMAD & FAIZUL IQMAL 

KEMAHIRAN INTRAPERSONAL

Kecerdasan yang dimiliki oleh seseorang individu iaitu kebolehan seseorang mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan terhadap diri sendiri, mempunyai kesedaran terhadap perasaan dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan serta kemampuan untuk mendisiplinkan diri dan jati diri.

Kebolehan mengenali diri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat, kehendak termasuklah kemahiran yang menyebabkan seseorang itu mempunyai persamaan dan perbezaan dengan orang lain. Kecerdasan intrapersonal yang dimiliki oleh seseorang individu dapat membantu individuh tersebut menangani perasaan beradab sopan serta mengawal kemarahan dan kesedihan yang dihadapi dengan sebaiknya. Walaubagaimanapun, individu yang memiliki kecerdasan ini lebih suka bersendirian, suka kepada kesunyian dan suka bermonolog. Individu seperti ini juga sentiasa berwaspada dan berwawasan dalam melakukan sesuatu dan jika seseorang itu pelajar, mereka lebih selesa belajar secara bersendirian dan suka termenung. Antara ciri-ciri pelajar yang memiliki kecerdasan ini adalah seperti cenderung untuk mempamerkan kebolehan untuk berdikari, lebih suka bersendirian untuk mengejar sesuatu matlamat, hobi atau sesuatu projek serta mempunyai keperibadian yang tertutup.

Seterusnya, terdapat beberapa aktiviti yang boleh melatih kecerdasan interpersonal antaranya ialah dengan menceritakan perasaan sendiri, keinginan, cita-cita, dan mengarang cerita. Antara kerjaya dan aktiviti yang melibatkan banyak kecerdasan intrapersonal adalah seperti kaunselor kerohanian,ahli falsafah, juru meditasi, ahli psikologi dan lain-lain.
Image result for Kemahiran intrapersonal

KEMAHIRAN INTERPERSONAL

Kecerdasan Interpersonal adalah berkait dengan rapat dengan emosi. Kecerdasan ini adalah berkaitan dengan kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Seterusnya, kecerdasan ini juga adalah kemahiran bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal seperti menggalakan murid-murid terlibat dalam sesuatu aktiviti. Menurut Howard Gardner (1993), kecerdasan interpersonal membantu kita bersosial dengan orang lain. Sebagai contoh, melibatkan murid-murid untuk melibatkan diri dalam program-program motivasi yang pengisiannya mempunyai slot yang memerlukan kerjasama berkumpulan. Aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan hubungan sosial murid tersebut. Menurut Gardner (1993), kecerdasan interpersonal membantu kita bersosial dengan orang lain. Hubungan sosial mula wujud ketika peringkat awal zaman kanak-kanak, zaman persekolahan dan sehinggalah memasuki alam pekerjaan. Kecerdasan interpersonal dimiliki juga penting kerana kemahiran ini melambangkan keperibadian seseorang itu. Biasanya, seseorang yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang kuat akan menjadi pemimpin dan pandai memberi nasihat. Oleh itu, mereka yang mempunyai kecerdasan yang kuat dalam interpersonal boleh dijadikan tempat rujukan dan pemberi nasihat.

Seseorang yang mempunyai kecedasan interpersonal mempunyai keyakinan apabila bersuara, mampu berdikari dan bijak dalam menyampaikan idea dan pendapat. Sebenarnya kecerdasan I terpersonal ini dapat dilatih melalui pergaulan antara individu yang berbeza umur, meminjamkan mainan dan berkerjasama dalam membuat sesuatu permainan. Menurut Gardner (1983), kebiasaanya kita hanya akan melihat perkembangan utama dan potensi kecerdasan ini di dalam situasi vokasional. Antara kerjaya yang melibatkan kecerdasan interpersonal adalah seperti guru-guru, pakar terapi, ahli politik, pemimpin organisasi dan lain-lain.
Image result for Kemahiran interpersonal

ISU PERKONGSIAN MALKUMAT

Pengurusan ICT di sekolah ini tidak akan menimbulkan banyak masalah sekiranya kita mengetahui cara-cara serta langkah keselamatan yang perlu diambil untuk melindungi bahan-bahan ICT serta semua maklumat yang penting yang dikendalikan. Penggunaan ICT dalam P&P boleh dijalankan oleh semua guru dan jugadalam semua mata pelajaran sekiranya kita mengetahui cara-cara pengendalian peralatan ICT dengan betul. Pada hari ini, kita dapati banyak bahan P&P yang boleh diperolehi daripada internet samaada untuk diguna pakai dalam P&P atau untuk dijadikan rujukan bagi menambahkan maklumat kita sendiri. Semua bahan-bahan ini boleh dimuat turun melalui laman web yang tertentu. Kita juga boleh berkongsi maklumat-maklumat bersama pengguna-pengguna yang lain melalui muat naik bahan-bahan ke laman web yang tertentu. Pengetahuan yang luas dalam bidang ICT ini bukan sahaja dapat menambahkan maklumat, malah kita juga dapat berkongsi maklumat melalui aplikasi-aplikasi yang tertentu yang terdapat dalam ICT. Salah satu aplikasi tersebut adalah seperti penggunaan blog, yang sedang saya diperaktikkan ini,dengan penggunaan blog kita bukan sahaja dapat berkongsi dalam penyampaian maklumat tersebut, malah kita juga dapat berhubung secara terus bersama individu-individu yang mnyalurkan maklumat tersebut. Oleh itu, sekiranya terdapat sebarang masalah berkaitan maklumat yang dikongsikan kita boleh berbincang atau bertanyakan individu tersebut secara terus. Inilah salah satu kemajuan dalam ICT yang dapat kita temui pada hari ini.

ISU GENDER DALAM KECEMERLANGAN AKADEMIK

  1. Perbezaan prestasi akademik di kalangan pelajar lelakidan perempuan dalam sistem akademik.
  2. Keputusan  peperiksaan awam (UPSR, PMR, dan SPM)pada   tahun   1996-2000   menunjukan   pelajar   perempuanmemperoleh prestasi yang lebih baik berbanding pelajarlelaki dalam hampir kesemua mata pelajaran.
  3. Dapatan kajian mendapati pelajar perempuan lebih baikdalam tugasan yang memerlukan penghafalan fakta danperaturan yang jelas.
  4. Pelajar   lelaki   lebih   cenderung   kepada   tugasanberbentuk   terbuka   yang   berkaitan   dengan   situasi   yangrealistik dan praktikal.
  5. Berlakunya ketidakseimbangan gender di universiti dan dalam struktur kerajaan.
  6. Faktor gender memberikan kelebihan semula jadi kepada wanita kerana kadar ingatan mereka lebih tinggi daripada lelaki.
  7. Bentuk sistem pendidikan yang mementingkan ingatan

No comments:

Post a Comment